5 September 2024
Kami 6 beranak memasuki Thailand melalui Border Bukit Kayu Hitam.
Selepas cop dan melepasi border pertama sekali kami akan dapatkan sim kad yang bernilai 240 Bath. Macam biasa kami ambil 2 sim. Untuk kegunaan di luar negara ianya amat penting bagi kami.
Pada malam hari kami mula check in di Hotel Park In Town. Ianya memang terletak betul-betul bamdar Pattani. Hotel kepunyaan orang kita amatlah selesa dan harga memang tak masuk akal. Bilik mewah yang ekslusif ini memuatkan kami 6 orang yang berharga lebih kurang 100bath. Saya kira bilik ni paling mahal di sini. Ia lebih berkonsepkan studio tapi besar. Ada tilam king, peti ais, tv, meja makan, 2 penghawa dingin, sofa, toilet yang besar, almari baju dan ruang kosong 10 x 8 kaki. No bilik pun cantik, 888 😊
Selepas check in kami bergerak ke Soup Mak Chomelli terletak di tengah pekan. Di sini terkenal dengan sup kaki lembu. Tapi dia punya kelembutan tu ya Allah, memang lembut sangat macam agar-agar. Makanan di sini pun boleh tahan murahnya. Kami makan nasi kosong 1 pinggan, set ulam cabai 1, sup kaki lembu 2 mangkuk, nasi goreng seafood 4 pinggan, keteow goreng dan air kosong. Bayaran keseluruhan sebanyak 540 bath sahaja.
No comments:
Post a Comment