Wednesday, 29 July 2015

Premium Beautiful Corset (PB)






Premium Beautiful Corset (PB)



Info Produk Premium Beautiful :

  • Premium Beautiful adalah pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi ‘Far Infrared Rays’ (FIR)
  • Membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang
  • Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman
  • 1 set lengkap = 3 pieces (Long Bra, Waist Nipper & Long Girdle)
Waist Nipper

pic wn

  • Mempunyai 7 batang keluli yang dapat menyokong bahagian pinggang dan mengukuhkan tulang belakang, seterusnya memperbaiki postur badan.
  • Reka bentuk ergonomi yang unik dapat menyelaraskan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan pinggul, seterusnya menghasilkan kontur badan yang menarik.
  • Benang yang diimport dari Jepun membantu membentuk kontur badan yang menarik.
  • Reka bentuknya yang fleksibel dapat memberi kesan yang memuaskan berdasarkan bentuk badan seseorang.
  • 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
  • Multipurpose -> balutkan di bahagian badan yang sakit e.g. kepala, lutut etc.
Long Girdle
pic lg
  • 32 keping jahitan stereoskopik yang menggunakan teori tekanan untuk menumpu kembali lemak yang tersebar ke tempat asal.
  • Reka bentuk di bahagian pinggul yang unik dapat memperbetulkan punggung yang kendur dan membentuk kontur pinggul yang lebih menarik.
  • Membahagikan garisan di bahagian paha dan pinggul, menumpukan lemak yang berlebihan di paha ke dalam cawan pinggul dan seterusnya menghasilkan kontur pinggul yang menarik.
  • Kapas yang ditambah pada bahagian dalam seluar dapat memperbaiki kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping.
  • Mampatan yang tetap ke atas abdomen pada seluar di bahagian perut dapat memecahkan lemak yang berlebihan dan menyelaraskan perut yang menonjol.
  • Reka bentuk yang menggunakan kuasa tekanan dapat menyelaraskan lemak di bahagian dalam dan luar paha, membentuk kontur kaki yang cantik.
  • Penggunaan 2 lapisan kain kapas yang berongga membolehkan peredaran udara yang baik dan selesa dipakai. Ia direka khas untuk bahagian sulit kaum wanita.
  • Penggunaan renda (lace) yang fleksibel dapat mengelakkan pakaian dalam daripada tergulung akan menghasilkan garisan-garisan di bahagian paha.
Ciri-Ciri Hebat Premium Beautiful :

  • Superbrands (tinggi kualiti & laris di pasaran)
  • Lifetime Warranty (hantar repair PERCUMA untuk sebarang kerosakan korset selagi ada hayat produk)
  • Teknologi 4 Negara Maju : Jepun, USA, Jerman & Taiwan
  • Far Infrared Rays (F.I.R) : FIR menembusi kulit, dapat memecahkan molekul lemak & melancarkan peredaran darah
  • Mendapat pengiktirafan Pakar Tulang Belakang Dari 3 Negara :
The American Chiropractic Association
The Chiropractic Association of Quebec
The Canadian Chiropractic Association
  • Fabrik Akwatek & Akwadyne (sebati dengan air; lembut & menstabilkan suhu badan)
  • Kuasa Regangan Fabric 360 Darjah (selesa untuk pergerakan badan ke semua hala tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya)
  • Direkabentuk Untuk 70% Kesihatan & 30% Kecantikan 
Keistimewaan Premium Beautiful :
  • Memperbetulkan pengaliran darah
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan
  • Memulihkan sistem pernafasan
  • Menghalang pembiakan sel kanser
  • Membentuk badan & postur yang baik
  • Fabrik yang lembut pada kulit
  • Membantu membersih toksin dari darah
  • Selesa & sesuai dipakai sepanjang hari
Cara Memakai Premium Beautiful :
Sebenarnya, nak pakai PREMIUM BEAUTIFUL ni senang jer. Cuma biasa laaa awal2 tu akan rasa ketat sikit sebab produk still ‘VIRGIN’ lagi… Getah pun x pernah meregang so masa nak masuk memang rasa mcm x yakin jer muat ke x. But normally, kalau saiz tu betul2 ikut ukuran badan & kesesuaian bentuk badan kita, InsyaAllah bila pakai tu rasa selesa sgt2… In fact, kalau x pakai -> RASA PELIK & X SEDAP!

Step 1 : Long Girdle
  • Pakaikan seluar dalam.
  • Tarik dengan perlahan sehingga ke bahagian pinggang, kemudian bengkokkan kaki dan tarik. Selaraskan seluar dalam.
  • Tumpukan lemak yang mengalir ke sekitar bahagian paha ke dalam cawan pinggul.
  • Pemeriksaan sendiri.
Step 2 : Long Bra
  • Tetapkan puting pada bahagian tengah cawan coli.
  • Bongkokkan badan sebanyak 45 darjah dan pasangkan cangkuk.
  • Tumpukan lemak di sekitar buah dada ke dalam cawan coli.
  • Selaraskan tali coli (pastikan satu jari boleh melepasi bawah tali coli).
  • Pemeriksaan sendiri.
Step 3 : Waist Nipper
  • Gerakkan waist nipper ke bahagian kiri depan, pasangkan cangkuk pertama dan cangkuk yang terakhir. Kemudian pasangkan cangkuk-cangkuk yang lain dari bawah ke atas.
  • Perhatikan garisan tengah.
  • Tali belakang diikat bersilang, tarik nafas sebelum menarik tali tersebut.
  • Pemeriksaan sendiri.
Cara Mencuci Premium Beautiful :
pb wash
Premium Beautiful Natural Wash khas untuk cucian Premium Beautiful Foundation Lingerie dan turut sesuai untuk pakaian-pakaian yang eksklusif. Ia terdiri daripada sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dan kaya dengan vitamin. Ianya lembut pada tangan, selamat digunakan, tidak meninggalkan kesan sisa dan mesra alam.
Apakah keistimewaan Premium Beautiful Natural Wash?
Ia merupakan sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dankaya dengan vitamin.
  • Pakaian lebih bersih, lembut dan memberi bau haruman yang menyegarkan.
  • Pakaian tidak mengecut, meregang mahupun luntur warna.
  • Lembut pada fabrik dan tidak meninggalkan kesan berminyak di permukaan pakaian.
  • Haruman bunga-bungaan akan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
Adakah Premium Beautiful Natural Wash sesuai untuk semua jenis pakaian?
Ya. Ia sesuai untuk Premium Beautiful Foundation Lingerie dan pakaian-pakaian yang eksklusif.
Apakah bau Premium Beautiful Natural Wash? 
Bau haruman bunga-bungaan.
Apakah cara cucian yang betul untuk mencuci Premium Beautiful Foundation Lingerie dengan menggunakan Natural Wash?
  1. Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh. Tuangkan 1-2 penutup botol Natural Wash ke dalam air dan rendamkan pakaian ke dalam air.
  2. Bersihkan secara lembut pada bahagian yang kotor selama 15 minit.
  3. Bilas sekurang-kurangnya 3 kali dengan air bersih. (Jangan perah dengan tangan).
  4. Perah pakaian dalam anda dengan gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kandungan air yang terdapat pada pakaian dalam tersebut. Kemaskan bentuk pakaian dalam kepada bentuk asal.
  5. Keringkan pakaian dalam anda di tempat yang berangin dan kering. Jangan seterika pakaian dalam anda. Simpan dengan kemas apabila ia kering.
Saiz & Harga Premium Beautiful :
Premium Beautiful nie unique for everybody. Ukuran dia BUKAN standard size e.g. S/M/L/XL tetapi mengikut range ukuran setiap individu. Setiap orang mempunyai bentuk badan yg berbeza-beza. Ada yang besar dibahagian atas (dada) tetapi bersaiz sederhana di bahagian bawah (punggung). Jadi, pemakaian corset yang mempunyai standard size S/M/L/XL kurang berkesan.
So, macam mana nak tau saiz apa yang anda harus pakai?
Ada 4 step : please take note semua ukuran adalah dalam centimeter (cm)

1. Ukur puncak dada / bust (cm)

2. Ukur lilitan bawah dada / under bust (cm)


3. Ukur lilitan pinggang / waist (cm)


4. Ukur lilitan punggung / butt (cm)



And bear in your mind, measurement mesti kena dalam cm/centimeter.



Provide all of the measurements to me, and I’ll convert them to your Premium Beautiful nyer size :) As simple as that. Kalau nak minta I measure pon boleh. I can come to your house or office; so kalau tengah dalam pantang tu tak perlulah keluar rumah. Biar Ana yang datang ukur & pakai kan. Just give me a call, yer. Kalau yang tinggal jauh, I akan pos kan Premium Beautiful you and ajar cara pakai through webcam/skype atau wasap.


pandangan dari hadapan


pandangan sisi


pandangan dari belakang

In terms of harga, ia nya berbeza mengikut :

1) SAIZ atau UKURAN
2) Kuantiti belian (hint: ajak kawan beli sama2, so lagi banyak diskaun)
3) MEMBER PRICE jauh lebih murah daripada RETAIL PRICE. So better daftar jadi member dengan Ana. Nanti nak beli barang apa pun dapat diskaun 10-20% daripada retail price. Ada macam2 lagi BONUS & anda boleh dapat pulangan setinggi 67% tau! ASK ME HOW (“,)


As usual, I do accept full payment of cash, credit card or installment. Whichever that suits you. Ansuran bulanan serendah RM100 sebulan juga disediakan kepada yang layak. Just let me know if u are interested nak beli PB dengan cara ‘bayar bulan2’…

Frequently Asked Question (FAQ)

  • Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?
Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.
  • Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.
  • Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?
Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin.
Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.
  • Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?
Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.
  • Adakah pemakaian Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan menggelebeh?
Payudara yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling umum bagi kebanyakan kaum wanita yang telah bersalin. Premium Beautiful yang direka khas ini mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul. Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan menggelebeh.
  • Adakah Premium Beautiful tidak dapat menampung payudara yang terlalu besar dan menyebabkannya melimpah keluar?
Premium Beautiful mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik, rawan keluli dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul serta menegak dan mengukuhkan kedudukan payudara. Maka, ia dapat menampung payudara yang besar sepenuhnya.
  • Adakah masalah payudara yang kendur dapat diperbaiki dengan memakai Premium Beautiful? Ada orang mengatakan bahawa dengan memakai Premium Beautiful, payudara akan menjadi besar? Adakah ia benar?
Saiz payudara mungkin akan berubah berpandukan kepada keadaan fisiologi seseorang. Namun sekiranya kita memakai pakaian dalam yang baik seperti Premium Beautiful dalam jangka masa yang panjang, ia dapat memperbaiki masalah payudara yang kendur dan menggelebeh, seterusnya membentuk kontur badan yang menarik.
  • Bilakah Long Brassiere Premium Beautiful sesuai dipakai? Apakah tempat yang sesuai untuk memakainya?
Anda akan memperolehi kesan yang terbaik sekiranya anda memakai Long Brassiere Premium Beautiful setiap hari. Apabila bentuk badan sudah dikekalkan, anda boleh memakai Long Brassiere Premium Beautiful bersama-sama dengan singlet, skirt atau seluar pendek mengikut kehendak anda. Namun, sekiranya anda tidak dapat memakai Long Brassiere Premium Beautiful setiap hari, anda boleh memilih untuk memakainya bila-bila masa sahaja misalnya semasa anda menghadiri majlis perkahwinan atau majlis makan malam. Ia dapat menonjolkan bentuk badan yang langsing dan menarik.
  • Mengapakah kita perlu memakai brassiere Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?
Lemak mudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha. Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak akan terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa panjang, lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar , maka kontur badan akan menjadi tidak menarik.
  • Adakah long brassiere harus dipakai bersama dengan long girdle dan waist nipper?
Long brassiere dan long girdle Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan badan yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan. Bagi waist nipper pula, ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut, meningkatkan kedudukan dada dan menjadikannya lebih berisi serta memperbaiki postur seseorang. Semasa anda memakai pakaian yang ketat, waist nipper diperlukan untuk memenuhi ruang antara brassiere dan long girdle untuk membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya memperbetulkan postur badan. Maka, mereka yang memakai long brassiere, waist nipper dan long girdle pada masa yang sama dapat membentuk kontur badan yang menarik.
  • Long girdle Premium Beautiful sangat ketat dan susah untuk dipakai, apakah cara yang betul untuk memakainya?
Pertama, anda harus memilih saiz long girdle yang sesuai untuk anda. Untuk memastikan keselesaan anda apabila memakainya untuk jangka masa yang panjang dan membentuk kontur bahagian pinggul, perut dan paha yang cantik. Namun, cara pemakaian long girdle tidak sama dengan cara anda memakai seluar dalam di mana anda terus menariknya. Tindakan ini akan merosakkan fabrik long girdle dan menyebabkan bentuk pinggul berubah.
Cara pemakaian long girdle yang tepat adalah seperti berikut:
  1. Pakaikan seluar dalam.
  2. Tarik dengan perlahan sehingga ke bahagian pinggang, kemudian bengkokkan kaki dan tarik. Selaraskan seluar dalam.
  3. Tumpukan lemak yang mengalir ke sekitar bahagian paha ke dalam cawan pinggul.
Ingat! Sekiranya tangan anda tidak dapat memasuki long girdle, ini bermakna ia terlalu ketat.
For FREE fitting & consultation, contact Rohana Ramli via:
FB biznes : https://www.facebook.com/hafnim.bizness
FB biasa2 : https://www.facebook.com/ummu.fahmiimtiyaz
FB Fanpage : https://www.facebook.com/pbrohana/
E-mail : hafnimshop@gmail.com
Call/SMS/Whatssapp : +6(0) 011 363 73362